Ar Royyan Management Services di tubuhkan pada 01.07.2006 . Ar Royyan bertukar pengurusan dan kini di kenali sebagai ISMAIL SALES & SERVICES diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera dan diuruskan oleh para graduan IPTA tempatan berkelulusan perakaunan, Selaras dengan kemodenan arus teknologi, firma ini menyediakan perkhidmatan yang melibatkan perakaunan, kesetiausahaan syarikat, percukaian, insurans am dan khidmat nasihat perniagaan, pembaruan daftar niaga, urusan berkaitan JPJ, pengurusan rekod SOCSO &KWSP,Persuruh jaya sumpah ,penyediaan kertas cadangan pinjaman bank/MARA dll.
Selaras dengan kemelesetan ekonomi dan peningkatan kos, ia telah menyebabkan banyak syarikat mencari jalan yang efektif untuk menghadapi cabaran yang getir di dalam mengharungi dunia perniagaan. Keadaan ini menyebabkan syarikat terpaksa mengawal perbelanjaan secara berkesan.
Firma kami menawarkan khidmat nasihat kewangan dengan pakej yang berpatutan bagi syarikat yang mencari jalan alternatif untuk meminimakan kos dan perbelanjaan syarikat di dalam menguruskan syarikat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan menggunakan "Just-in-time talent”, kami menyediakan apa yang anda inginkan dan hanya pada masa yang anda perlukan.