RANCANGANPERNIAGAAN.NET
KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

UTAMA PRODUK KAMI PERISIAN PERKHIDMATAN TEMPAH TENTANG KAMI

Selamat datang Rancanganperniagaan.net Anda adalah pengunjung ke

<a class="statcounter" href="http://www.statcounter.com/"><img class="statcounter" src="http://c31.statcounter.com/3112718/0/f6febed4/0/" alt="counter" /></a></div>



  KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN DAN RANCANGAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PERCUKAIAN DAN DAFTAR PERNIAGAAN

APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN?

 

KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN PERNIAGAAN(RP):

PENGENALAN

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

 

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

  1. Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

 

  1. Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.



“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

SESUAI UNTUK
  • Bakal-bakal usahawan

  • Usahawan IKS

  • Mereka yang ingin membesarkan projek

  • Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat

 


 

PRODUK DAN PERKHIDMATAN KAMI


KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN @ RANCANGAN PERNIAGAAN VOLUME I (1)

RM49.90 

klik pada Gambar bagi maklumat lanjut 

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN@ RANCANGAN PERNIAGAAN  VOLUME II (2)

RM 49.90 

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN @ RANCANGAN PERNIAGAAN VOLUME III (3)

RM49.90


PERCUMA DENGAN PEMBELIAN E-BOOK DI ATAS*!


BONUS PANDUAN PERNIAGAAN BAGI 9 JENIS PERNIAGAAN
                    

PROMOSI ISTIMEWA!


 

 




LEBIH LANJUT



 

 

JIMAT RM 40.00  (volume 1 +volume2 @ volume 3+ perisian perakaunan+lain lain bonus)

 

 

CD PAKEJ LENGKAP RM50.00 AKAN DIBERIKAN PERCUMA BESERTA KOS PENGHANTARAN PERCUMA

ANDA AKAN DAPAT KEDUA-DUANYA : DOWNLOAD DAN CD (DIHANTAR TERUS KE RUMAH ANDA)


 (Volume 1 + volume 2 +vol 3 + perisian perakaunan+ lain bonus)

KINI HANYA RM50.00

Bahagian tempahan klikkan pada koleksi 1  & koleksi 2 @ 3

klik sini bagi maklumat lanjut




 

KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI PANDUAN DAN CONTOH KERTAS KERJA KAMI?
  • Harga kami amat berpatutan dan jauh lebih MURAH dari yang lain. Dengan lebih 300 muka surat adalah amat BERBALOI dengan wang anda.
  • Anda boleh tanya daripada perunding dan firma profesional tentang caj membuat kertas kerja - 2% dari jumlah pinjaman. Katakan anda membuat pinjaman RM100,000.00 maka caj RM2000.00 dikenakan. Jadi kenapa tidak anda mencuba membuat sendiri. Mencuba lebih baik daripada tidak membuat apa-apa.
  • Contoh diberikan adalah daripada koleksi pelanggan kami sendiri.
  • Sumber pendapatan sampingan : Anda boleh mengambil upah menyediakan kertas-kertas kerja setelah anda tahu format dari rakan atau usahawan lain.
  • Simpanan dan rujukan masa depan : Boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini dan bakal usahawan.
  • Contoh kami adalah lengkap dari A-Z anda hanya perlu memilih contoh yang mana sesuai dengan perniagaan anda dan cuma perlu " EDIT, COPY DAN PASTE"
  • Kertas kerja agak sukar untuk di cari di mana-mana sumber. kini anda boleh mendapatkannya dengan mudah
  • Berbanding dengan Buku yang berada di pasaran , koleksi kami adalah koleksi kertas kerja sebenar yang di hantar ke pusat pembiayaann perniagaan

Anda akan lebih JIMAT dengan produk kami. Bagaimana?Ketahui Lebih Lanjut..

 

PERBANDINGAN E-BOOK KAMI DENGAN ONLINE E-BOOK YANG LAIN :

  • Walaupun harga yang ditawarkan adalah lebih murah tetapi kebanyakkan contoh yang diberikan adalah sumber secara percuma dari internet bukan sumber sebenar
  •  Contoh Kami boleh di EDIT kerana kami sediakan dalam bentuk word dan excell
  • Anda dinasihatkan membuat perbandingan kualiti e-book bukan berdasarkan harga kerana kami adalah firma priofesional sementara yang lain di jual oleh individu yang tidak diisytiharkan kelayakannya. anda pasti berpuas hati dengan produk kami.


BIODATA PENGARANG KAMI


Nama Penuh Nor Halizatul Adawiah Bt. Mamat

Kelulusan

Bachelor of Accounting (UPM)
Jawatan Pengurus / Account Officer
Syarikat   Ismail sales & Services,Raub Pahang
Pengalaman  8Tahun sebagai pegawai akaun dan penyedia kertas kerja perniagaan.



klik sini bagi melihat kelayakan kami

TESTIMONIAL PELANGGAN

Mula-mula saya agak kurang yakin untuk membeli contoh ini kerana belum biasa dengan pembelian online.Tetapi pihak anda telah buktikan dengan melakukan penghantaran dengan hanya dalam masa 10 minit. Contoh kertas kerja anda memang menepati kehendak bank dan saya berjaya menjimatkan wang dengan melakukannya sendiri. Terima kasih atas pertolongan anda.

En. Hazman,Kuantan, Pahang


Contoh dan format yang anda berikan memang tepat dengan kehendak pinjaman saya. Saya ingin membuat pinjaman perniagaan MARA. Berdasarkan contoh yang diberi saya berjaya lakukan sendiri. Saya jimat RM2000.

En. Wan , Bukit Beruntung, Selangor.


Rancangan Peniagaan yang tuan berikan tidak berbaloi dengan hanya RM39.90.Ianya amat murah berbanding dengan yang diberikan. penghantarannya juga segera. Alhamdullilah selain menjimatkan wang dengan melakukan sendiri..Loan saya juga telah diluluskan oleh pihak PUNB.. Syukur kerana tuan telah membantu saya siapkan proposal loan ini.

Pn. Zawariah, Tumpat, Kelantan


Anda telah bantu saya! contoh yang diberikan memang complete dan sempurna.terima kasih atas contoh anda

En. Mohamed@Lateh, Kedah


Saya telah lama mencari contoh rancangan perniagaan yang seperti pihak puan tawarkan. Tanpa ragu saya terus membeli kerana yakin dengan syarikat puan berdasarkan daftar niaga yang dipaparkan. Memang saya tak salah kerana contoh puan memang berbaloi dan harga yang amat berpatutan

En. Azhar, Ulu Kinta Perak


Terima kasih banyak. Saya sangat puas hati dengan kertas kerja saudara. Memang complete. sudah lama saya mencari contoh ini. harapkan dari pihak bak, ia rahsia dan contoh dari website lain semua harga tidak berpatutan. Permohonan pinjaman MARA saya sebanyak RM47,800 untuk besarkan restoran saya dah lulus. Tentu saya sangat gembira dengan loan saya ni.

Pn. Hidayah, Shah Alam, Selangor

SILA ISIKAN BORANG PENGESAHAN BAYARAN DIBAWAH SETELAH MEMBUAT BAYARAN

Name:
Email Address:
Telephone No
Address
Our Order
Copy paste our payment detail Here

* kerana masalah space borang tempahan pada menu tempahan tidak dapat digunakan. anda diwajibkan memenuhkan borang tempahan ini bagi mempercepatkan urusan penghantaran produk anda.

 

 

LAST UPDATE : 01 june 2010


Penafian: E-book koleksi kertas kerja pinjaman adalah hak cipta terpelihara  Arroyyan Management Services sebarang bentuk penerbitan, peniruan,penjualan semula adalah tidak dibenarkan kecuali dengan izin pihak kami. Dan pihak kami juga tidak menjual e-book dari pihak lain.
Harap maklum
 
YM: n_adawiah@yahoo 
 
* cd penghantaran sehari bagi pembayaran sebelum pukul 2 ptg dan berada di kawasan yang biasa bagi Skynet dan Pos laju 

Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser mOZILLA FIREFOX dengan resolusi skrin monitor 1024x860 piksel.

JADI AGEN KAMI
Jual produk kami dan anda dapat komisen
KLIK SINI



ANDA ADA PERSOALAN KLIK SINI BAGI SOALAN-SOALAN LAZIM



 

 
 
 


font>
 
 


 

 

 


 

PEMBERITAHUAN :

pihak kami dapat beberapa panggilan dan aduan tentang penjualan produk kami secara tidak sah dan tiruan. anda di nasihati tidak terpedaya dengan harga yang lebih murah kerana ianya di jual secara tidak sah.pastikan anda mendapatkan produk yang original daripada kami.

pertanyaan sila hubungi pihak kami :              

019 994 7664

sms: 013 9506066

 

terima kasih 

 

 

 

 



 


 

 


widgeo.net

Ismail sales & Services

No 57B pusat perdagangan Raub

27600 raub pahang

Tel : (6019) 019 994 7664 @ 017 984 0668

HP : 013 95060664 (sms sahaja)

Fax : (609) 3552673

©Hakcipta Terpelihara eKertasKerja.Com
Ar Royyan Management Services